Friday, September 5, 2008

>>MAIN PAGE




DITERIMA SEBAGAI SILIBUS PEMBELAJARAN AL-QURAN DI
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PAUH PUTRA &
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (POLIMAS), JITRA

5 JULAI- Silibus Al-Hira diterima sebagai sukatan pembelajaran Al-Quran di 2 Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Puah Putra, Perlis dan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Darul Aman.

Ustaz Azizul, Penyelaras Pusat Pembelajaran Al-Hira melahirkan rasa syukur dengan pencapaian Pusat Pembelajaran Al-Hira untuk bertapak di IPT. Beliau amat berterima kasih di atas kepercayaan semua pihak terhadap keberkesanan silibus Al-Hira sebagai pemudahcara untuk sistem pembelajaran yang efision dan padat.

Difahamkan bahawa, PTSS akan mengadakan program khas pengajian Al-Quran bermula Ramadhan ini. Pusat Pembelajaran Al-Hira berterima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Hanafi Bin Jusoh, salah seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Am, Unit Pendidikan Islam dan Moral PTSS yang akan menggunakan kaedah Al-Hira bagi merealisasikan program berkenaan.

Dalam perkembangan lain, POLIMAS Jitra juga akan menggunakan kaedah Al-Hira untuk dipraktikkan di dalam pembelajaran Al-Quran. Semoga Allah SWT merahmati segala usaha kita untuk melahirkan generasi Al-Quran.
_____________________________________________________________

ISRAK DAN MIKRAJ :
MENYEMARAKKAN KEGHAIRAHAN BERSOLAT


________________________________________________________

CUNGKIL BAKAT CILIK TARANNUM
MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN MERIAH

Pusat Pembelajaran Al-Hira komited untuk melahirkan generasi Al-Quran yang mempunyai pakej lengkap dan terbaik ke arah kebaikan ummah. Hal ini telah dibuktikan dengan perujian Tilawah Al-Quran untuk para pelajar Al-Hira. Berikut adalah keputusan musabaqah berkenaan :

Johan Tilawah Lelaki : Saudara Badrul Munir Bin Ahmad Daud
Johan Tilawah Perempuan : Saudari Anis Khairani Binti Marzari

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Jutaan penghargaan dan terima kasih juga kepada murabbi tarannum, Ustaz Ahmad Daud, di atas kesudian mengepalai penganjuran kali ini. Juga sekalung tahniah diucapkan kepada para penyelaras Al-Hira, Ustaz Azizul Bin Mokhtar, Ustaz Ahmad Dzuliani dan Ustaz Faizul Naziran di atas penganjuran kali ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini.

Johan Tilawah Lelaki


Saguhati


Penyampaian Hadiah

Johan Tilawah Perempuan

Juri Tilawah sedang bermuzakarah

Pertandingan sedang berlangsung

Hamper untuk para pemenang
________________________________________________________________

SALAM MAAL HIJRAH. "1 MALAYSIA 1 UMMAH"

KEUTAMAAN BULAN MUHARRAM
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda: Maksudnya: "Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah, Nabi saw bersabda: Maksudnya: "Satu tahun itu ada dua belas bulan, antaranya empat bulan haram, tiga (dari yang empat itu) berturut-turutan, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab Mudhar antara Jamadil akhir dan Sya'ban." (H.R. al-Bukhari dan Muslim)


KEUTAMAAN PUASA MUHARRAM

Abu Qatadah berkata, Nabi saw telah ditanya tentang puasa pada hari 'Asyura, baginda bersabda, yang bermaksud: "Ia (puasa 'Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu." Dalam riwayat yang lain bermaksud: "Dan puasa hari 'Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya." (HR Muslim)


SEBAIKNYA BERPUASA PADA 9 DAN 10 MUHARRAM ATAU 10 DAN 11 MUHARRAM
Kata Ibn 'Abbas r.a., maksudnya: "Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura. Lalu Baginda bersabda: "Hari apakah ini (di sisi kamu)?" Orang-orang Yahudi menjawab : "Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan Musa dan Bani Israil pada hari ini daripada musuh mereka (Fir'aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini ('Asyura)." Sabda Nabi s.a.w : "Aku lebih berhak terhadap Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi)." Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut ('Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya." (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim) Ibn 'Abbas r.a. pula berkata, maksudnya: “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari 'Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya."Para Sahabat berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara." Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan." Seterusnya Ibn 'Abbas bercerita: "Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t .)." (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)



PERKHIDMATAN GURU MOBILE
AL-HIRA TERUS KE RUMAH ANDA (SEKITAR KL & DAMANSARA)


24 MEI 2010 - Pusat Pembelajaran Al-Hira kini menawarkan PERKHIDMATAN GURU MOBILE yang akan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur - Damansara. Guru yang akan mengajar adalah USTAZ AIMAN BIN MOHD HUSSIN AL-HAFIZ. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi : Ustaz Aiman di talian 019-4551614.

Johan Tilawah Lelaki


Saguhati


>>PENGENALAN AL-HIRA

PENGENALAN PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA

1.0 INTRO

Menyedari hakikat betapa pentingnya untuk merealisasikan pembentukan generasi Al-Quran, maka Pusat Pembelajaran Al-Hira ditubuhkan pada tahun 2006. Penubuhannya sesuai dengan permintaan masyarakat di negeri Perlis yang memerlukan sebuah pusat pengajian ilmu Al-Quran bagi menjadi mainstream kepada satu pusat pengajian Al-Quran dan ilmu Islam secara sistematik dan kondusif. Pusat Pembelajaran Al-Hira menggunakan kaedah Al-Hira’-BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM dengan kerjasama pihak AL-HIRA’ ENTERPRISE di bawah tadbiran Ybhg Ustaz Haji Zulpan N Bin Mahad.

Berbekal semangat dan keazaman untuk merealisasikan generasi Al-Quran, maka Pusat pembelajaran Al-Hira dengan nombor pendaftran syarikat RA 0010351 telah memilih lokasi NO. 9, TAMAN PENGKALAN INDAH, JALAN PENGKALAN ASSAM, 01000 KANGAR, PERLIS untuk memulakan operasi. Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada bulan Mac 2008, kami telah membuka cawangan baru di NO. 1, LORONG 1, KG GURU,01000 KANGAR, PERLIS.

2.0 OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran akan kehebatan, keistimewaan dan kebesaran Al-Quran sebagai wahyu Ilahi
  • Menyemai azam dan tekad peserta untuk mempelajari cara untuk membaca Al-Quran dengan cara lebih mudah, efision dan sistematik
  • Menjadi satu ruang dan platform untuk memberikan gambaran terhadap pengajian Al-Quranul Karim mengikut kaedah Al-Hira’ (Boleh Membaca Al-Quran Dalam masa 24 Jam)
  • Menawarkan peluang untuk peserta boleh membaca Al-Quran dengan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Al-Hira
  • Meminimakan peratusan buta Al-Quran

3.0 SASARAN

Semua yang berminat untuk mempelajari Al-Quran samada golongan dewasa atau kanak-kanak

4.0 LOKASI

PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA (RA 0010351-W)
NO. 9, TAMAN PENGKALAN INDAH,
JALAN PENGKALAN ASSAM,
01000 KANGAR, PERLIS.
No Tel: 04-9781053 / 019-5691053

Cawangan kami:
NO. 1, LORONG 1, KG GURU,
01000 KANGAR, PERLIS.
No. Tel: 019-4315203

www.al-hiralearning.blogspot.com

5.0 SUKATAN PELAJARAN

Pusat Pembelajaran Al-Hira menggunakan Buku Al-Hira’-BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM. Berikut adalah gambarajah sukatan pelajaran Bahagian Asas di dalam bahagian asas buku Al-hira:

Pelajaran 1 : Cara membaca huruf yang berbaris di atas

Pelajaran 2 : Cara membaca huruf yang berbaris di bawah

Pelajaran 3 : Cara membaca huruf yang berbaris di hadapan

Pelajaran 4 : Mengenal huruf bersambung

Pelajaran 5 : Tanda panjang (Bacaan Panjanng)

Pelajaran 6 : Cara membaca tanwin (Baris Dua)

Pelajaran 7 : Cara membaca huruf yang mati

Pelajaran 8 : Cara membaca huruf yang bertashdid

Pelajaran 9 : Cara membaca (Al) At-Ta’rif

Pelajaran 10 : Hukum membaca lafaz Al-Jalalah

Pelajaran 11 : Cara membaca hamzah wasal

Pelajaran 12 : Cara berwakaf (memberhentikan bacaan)

Pelajaran 13 : Cara membaca huruf-huruf muqatta’ah


5.2 Method pengajaran :

  • Peserta akan difahamkan dengan formula asas setiap pelajaran 1 hingga 13
  • Peserta akan diberikan personal touch (talaqqi musyafahah)
  • Beberapa kaedah akan dilaksanakan seperti; tadarus, talaqqi mushafahah, tasmi’,tikrar dan imla’i

Berdasarkan pengalaman Pusat Pembelajaran Al-Hira, apabila seseorang peserta telah melepasi pelajaran ke 13, mereka sudah mempunyai kemahiran yang cukup untuk membaca Al-Quran. Namun begitu, peserta harus meneruskan pengajian ke satu masa yang akan ditentukan oleh pusat ini berdasarkan kemampuan dan kebolehan pelajar agar benar-benar mahir membaca Al-Quran

6.0 PENGENALAN KAEDAH AL-HIRA

Al-Hira adalah kaedah terkini panduan membaca Al-Quran yang hanya dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran. Kaedad ini diasaskan oleh Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily yang berasal dari Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia. Kaedah ini terbukti keberkesanannya setelah diuji cuba selama 36 bulan. Ianya sangat mudah, praktis, dan sistematik.

Pada masa dahulu buku yang digunakan untuk mengajar Al-Quran adalah Muqaddam Al-Baghdadiah yang menggunakan sistem mengeja. Setelah bertahun lamanya sistem ini digunakan, didapati kurang praktikal pada masa sekarang. Justeru timbul kaedah baru yang menggunakan kaedah baca langsung tanpa dieja.

Walaubagaimanapun, pengasas kaedah ini memikirkan satu lagi cara yang boleh mempercepatkan lagi penguasaan bacaan dan hanya menggunakan satu buku nipis sahaja, hasilnya wujudlah kaedah AL-HIRA’. Keistimewaan kaedah ini berbanding sistem lain adalah susunan pelajarannya yang sistematik dan teratur, memudahkan penuntut memahami dan menguasai cara membaca ayat suci.

Antara keistimewaan kaedah ini adalah seperti berikut:

- Unik

- Teratur dan sistematik

- Ringkas dan padat

- Mudah difahami

- Dalam masa 24 jsm boleh membaca Al-Quran

- 2 dalam 1 (Asas & tajwid)

- Tajwid yang lengkap dan ringkas

- Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid

- Tepat / sesuai / keperluan masa kini

- Cepat dan jimat

7.0 TENAGA PENGAJAR

Guru dan tenaga pengajar yang akan dibekalkan adalah guru-guru Pusat Pembelajaran Al-Hira dan guru-guru jemputan. Mereka terdiri daripada :

I – Ustaz dan ustazah yang terlatih menggunakan kaedah Al-Hira

II – Siswazah timur tengah dan tempatan

III – Individu-individu yang mahir mengajar Al-Quran

# SILA RUJUK SENARAI STAFF AL-HIRA UNTUK MENGETAHUI TENAGA PENGAJAR

8.0 PENUTUP

Semoga PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA akan terus berkembang dan dapat mengembangkan Al-Quran sekaligus membasmi Buta Al-Quran di dalam masyarakat.

“ Bersama Merealisasikan Generasi Al-Quran”

Salam Penuh Hormat dari kami:

(UST AZIZUL BIN MOKHTAR)
B.A. (Hons) Syariah dan Ekonomi,
Universiti Malaya, KL.Dip. Pendidikan

Penyelaras I,
Pusat Pembelajaran Al-Hira.
(No. Tel : 019-4377339)


(UST AHMAD DZULIANI BIN BULAT)
B.A. (Hons) Aqidah dan Pemikiran,
Universiti Malaya, KL.Dip. Pendidikan

Penyelaras II,
Pusat Pembelajaran Al-Hira.
(No. Tel : 019-4002629)


(UST MOHD NAZIM BIN MOHD NOOR)
Kuliyyah Usuluddin Jabatan Dakwah Dan Tamadun Islam,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Kaherah, Mesir,

Penyelaras Kurikulum,
Pusat Pembelajaran Al-Hira.
(No. Tel : 017-5805852)

PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA (RA 0010351-W)
NO. 9, TAMAN PENGKALAN INDAH,
JALAN PENGKALAN ASSAM,
01000 KANGAR, PERLIS.
No Tel: 04-9781053 / 019-5691053

Cawangan kami:
NO. 1, LORONG 1, KG GURU,
01000 KANGAR, PERLIS.
No. Tel: 019-4315203

www.al-hiralearning.blogspot.com

>>AKTIVITI & TAKWIM

>>JADUAL PENGAJIAN

*Masih di dalam penyelenggaraan

>>LEMBAGA PENGARAH

LEMBAGA PENGARAH

USTAZ AZIZUL BIN MOKHTAR
Penyelaras I
B.A.(Hons.) Syariah Ekonomi.Univ. Malaya


USTAZ AHMAD DZULIANI BIN BULAT
Penyelaras II
B.A.(Hons.) Usuluddin Aqidah dan Pemikiran.Univ.Malaya


USTAZ FAIZUL BIN NAZIRAN
Penyelaras III
Arabic Language and Literature, International Islamic Univ Of Malaysia




HUBUNGI KAMI :


(Penyelaras I, Pusat Pembelajaran Al-Hira)
Ustaz Azizul Bin Mokhtar
Pendidikan : BA (Hons) Syariah Dan Ekonomi Universiti Malaya Kuala Lumpur, Diploma Pendidikan
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Sek. Keb. Kampong Salang Perlis
Pengalaman Menggunakan Kaedah Al Hira : 5 tahun
Status : Bujang
No Tel: 019 4377339
E-mail : zulaini_mokhtar@yahoo.com


(Penyelaras II, Pusat Pembelajaran Al-Hira)
Ustaz Ahmad Dzuliani Bin Bulat
Pendidikan : BA( Hons) Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, Diploma Pendidikan
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Sek Keb Sg Baru Perlis
Status : Sudah berkahwin (seorang anak)
No Tel: 013 4046269

(Penyelaras Bahasa Arab, Pusat Pembelajaran Al-Hira)
Ustaz Faizul Bin Naziran
Pendidikan : Arabic Language and Literature, International Islamic University Of Malaysia (IIUM)
Pekerjaan : Guru J-Qaf Bahasa Arab
Tempat Berkhidmat : Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis
Status : Sudah berkahwin
No Tel : 012 4321806



USTAZ MOHD NAZIM BIN MOHD NOOR
Moderator Blog & Informasi
B.A. (Hons.) Usuluddin (Dakwah & Pengetahuan Islam) Univ. Al-Azhar, Mesir

>> STAF AL-HIRA

TENAGA PENGAJAR

1. Ustaz Azizul Bin Mokhtar
Pendidikan : BA (Hons) Syariah Dan Ekonomi Universiti Malaya Kuala Lumpur, Diploma Pendidikan
(Penyelaras I, Pusat Pembelajaran Al-Hira)
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Sek. Keb. Kampong Salang Perlis
Pengalaman Menggunakan Kaedah Al Hira : 5 tahun
No Tel: 019 4377339

2. Ustaz Ahmad Dzuliani Bin Bulat
Pendidikan : BA( Hons) Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, Diploma Pendidikan
(Penyelaras II, Pusat Pembelajaran Al-Hira)
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Sek Keb Sg Baru Perlis
No Tel: 013 4046269

3. Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor
Pendidikan : Kuliyyah Usuluddin Jab Dakwah dan Pengetahuan Islam
Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir
(Penyelaras Kurikulum, Pusat Pembelajaran Al-Hira)
Pekerjaan : Pensyarah/Guru Takmir
Tempat Berkhidmat : Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs)
No Tel : 017 5805852

4. Ustaz Iswady bin Ishak - (bercuti sebentar)
Pendidikan : BA (Hons) Sastera Universiti Malaya Kuala Lumpur
Pengkhususan Major Sejarah Minor Pengajian Islam.
Pekerjaan : Guru
No Tel: 0125729279

5. Ustaz Anas Iswandi bin Ali - (Bercuti sebentar)
Pendidikan : BA ( Hons) Usuluddin Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Sek. Kebangsaan Lubuk Sireh Padang Besar. Perlis
No Tel: 0125296636

6. Ustazah Sharifah Nur Ashiqin binti Syed Yaziz Jamalullail
Pendidikan : BA ( Hons ) Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya KL.
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Sek Keb Behor Empiang Kangar Perlis
No Tel : 0126805693

7. Ustaz Amirul Izham Bin Abu Seman - (Bercuti sebentar)
Pendidikan : BA (Hons) Universiti Darul Iman Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu
Pekerjaan : Guru Pusat Pembelajaran Al Hira
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al Hira
No Tel: 019 9336774

8. Ustazah Nooraini Bin Mustapha
Pendidikan : BA ( Hons) Sains dan Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak Selangor
Pekerjaan : Guru Personal Pusat Pembelajaran Al Hira / Staff
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al Hira/ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
No Tel: 013 6673028

9. Ustaz Syamsul bin Mohd Desa
Pendidikan :Dip. Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Pekerjaan : Guru Pusat Pembelajaran Al Hira
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al Hira
No Tel : 012 5413983

10. Ustazah Marlia binti Mat Rawi
Pendidikan : BA (Hons) Syariah dan Astronomi Universiti Malaya Kuala Lumpur
Pekerjaan : Guru Sekolah
Tempat Berkhidmat : Sekolah Kebangsaan
No Tel: 04 9764017

11. Ustazah Khairina binti Halim
Pendidikan : BA ( Hons) Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak Selangor
Pekerjaan : Guru Sekolah
Tempat Berkhidmat : Sekolah Kebangsaan
No Tel:012 4666232

12. Ustaz Zakwan Sabri Bin Ghazali
Pendidikan :BA Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry Darussalam Banda Aceh
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Sek Keb Utan Aji Kangar Perlis
No Tel :013 4027820

13. Ustaz Shahril Anuar Bin Sahabuddin
Pendidikan : BA (Hons) Usuluddin (Tafsir) Univ Al-Azhar, Zaqaziq, Mesir
Pekerjaan : Guru Al-Hira
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel: 017 562 0119

14. Ustazah Mohd Ridzuan Bin Ramli (bercuti sebentar)
Pendidikan : Kulliyyah Bahasa Arab, Univ. Al-Azhar, Itai Barud, Mesir
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel: 013 5057334

15. Ustaz Mior Mohd Mizan Bin Mior Pi Al-Hafiz
Pendidikan :BA (Hons) Maahad Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat, Universiti Al Azhar Mesir
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel :013 9194932

16. Ustaz Mohd Faris Bin Akhtar
Pendidikan : Kuliyyah Syariah, Univ Al-Azhar, Zaqaziq, Mesir
Pekerjaan : Guru Al-Hira
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel: 013 4862477

17. Ustazah Nazura Binti Abdul Rahman
Pendidikan : Dip. Syariah, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.
Pekerjaan : Guru KAFA
Tempat Berkhidmat : Sek Keb Institut Perguruan GM Perlis
No Tel: 019 5509266

18. Ustazah Norhayati Binti Hassan
Pendidikan :BA (Hons) Dakwah, Univ. Darul Iman, Terengganu
Pekerjaan : Guru KAFA
Tempat Berkhidmat : Sek Keb Institut Perguruan GM Perlis
No Tel :017 5871225

19. Ustaz Aiman Bin Mohd Hussin Al-Hafiz - (Pengurus Cawangan, Damansara)
Pendidikan :BA (Hons) Tafsir wa ulumuhu, Universiti Al Azhar Mesir
Pekerjaan : Guru Al-Hira
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel : 017-4231987

20. Ustaz Mohd Wazin Bin Mohamad Jamil
Pendidikan :Diploma Lanjutan Bahasa Arab
Pekerjaan : Guru Al-Hira
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel : 017-4140741


21. Ustaz Syed Najib Bin Syed Mustaffa Jamalullail
Pendidikan :Kuliyyah Usuluddin, Jab. Hadith, Univ. Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Pekerjaan : Guru Al-Hira
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel :

22. Ustazah Nurul Hayati Binti Arifin
Pendidikan :BA (Hons) Bahasa Arab, Universiti Al Azhar Mesir
Pekerjaan : Guru
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel :013-4602931

23. Ustaz Mohamad Azuwan Bin Azmame
Pendidikan :Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Pekerjaan : Guru Al-Hira (Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perlis)
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel :012-5455734

24. Ustaz Mohammad Firdaus Bin Salehudin
Pendidikan :Tahfiz Al-Quran
Pekerjaan : Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam
Tempat Berkhidmat : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis
No Tel :013-5843772

25. Ustaz Muhammad Shahir Bin Salehudin
Pendidikan: Sijil Tinggi Tarannum JAKIM
Pekerjaan : Guru Al-Hira
Tempat Berkhidmat : Pusat Pembelajaran Al-Hira
No Tel :017-5118737





STAFF PENGURUSAN

1. En. Ku Ahmad Fazli Bin Ku Ahmad (Pengurusan Head Quarters-Pengkalan Assam)
Pendidikan : Dip. Politeknik
No. Tel : 017 4388280

2. Ustaz Shahril Anuar Bin Sahabuddin (Pengurusan Cawangan Kg Guru)
Pendidikan : BA (hons) Usuluddin (Tafsir), Univ Al-Azhar, Zaqaziq, Mesir
No. Tel : 017 5620119

3. Mohd Farizal Bin Ismail ( Pengurusan Cawangan Kg Guru)
Pendidikan : BA (hons) Psikologi (Pembangunan Belia & Komuniti), Univ. Malaysia Sabah.
No. Tel : 017 5600457

4. En. Ku Ahmad Azrezal (Bercuti sebentar untuk peperiksaan)
Pendidikan : Sek Men Keb Syed Hassan, Kangar, Perlis
No. Tel: 017 2346568

5. Ustaz Mohd Nasruldeen Bin Nasir (Akan kembali ke Mesir pada 22 November 2008)
Pendidikan : Kuliyyah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Dumyat, Mesir
No. Tel : 019 2448764 (Malaysia)

6. Ustaz Mohd Haris Bin Zainol Abidin (Bercuti sebentar)
Pendidikan : BA (hons) Syariah, Univ Malaya, Kuala Lumpur
No. Tel : 012 4431051

>>GALERI GAMBAR


*Peserta sedang di pra-uji


*Kenangan bersama ibubapa peserta Kursus


*Al-Hira, Cemerlang!!!

*Ketika majlis penutup KIMA

*Ketika Program KIMA kali ke III diadakan. (Sesi pendaftaran)
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

"BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM"