Friday, September 5, 2008

>>PENGASAS KAEDAH AL-HIRA

Pengasas Kaedah Al-Hira' Dan Pengarang Buku Al-Hira'

DR. HJ. MUHAMMAD ROIHAN AL-MANDILY dilahirkan di Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia pada 17 Ogos 1960. Beliau tamat Sekolah Rendah pada tahun 1973, dan Sekolah Menengah Pondok Pesantren Musthafawiyah pada tahun 1978.

Pada tahun 1980 beliau melanjutkan pelajaran ke Makkah. Di sana beliau mengikuti pengajian di Ma'ahad Dar al-Ulum Dan Masjid al-Haram. Kemudian pada tahun 1982 beliau mendapat tawaran biasiswa di Kolej Dakwah Islamiah Tripoli Libya. Beliau belajar dalam bidang Ulum al-Quran sehingga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) pada tahun 1993. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke UKM Bangi, Malaysia dan telah memperoleh Doktor Falsafah (PhD) pada awal tahun 2005.

Semenjak kecil bakat beliau dalam bidang al-Quran telah menyerlah, di mana sejak berumur 9 tahun beliau telah memenangi Musabaqah Tilawah al-Quran di daerahnya di Mandailing dan sewaktu beliau berada di Tripoli, beliau dilantik sebagai Imam Besar Masjid jamal Abdul Nasir, masjid kedua terbesar di Tripoli, Libya, iaitu dari tahun 1986 hingga tahun 1993.

Selama berada di Malaysia, beliau telah banyak mengarang dan menterjemah buku-buku agama. Diantaranya:-
  • Fatwa Terkini, Wanita & Keluarga Islam.
  • Perbualan Bahasa Arab
  • KIsah-kisah Wanita Dalam Al-Quran.
  • Belajar Membaca Al-Quran Bertajwid Dalam Masa 50 Jam.
  • Belajar Membaca dan Menulis Jawi Dalam Masa 30 Jam.
  • Madu Lebah Ubat Yang Turun Bersama Wahyu.
  • Petua-petua Imam Ali.

No comments:

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

"BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM"